PENGGUNA:Apa dia HACCP?

Pernah atau tidak kita sebagai pengguna perasan tentang satu logo yang jarang ada  pada produk makanan .Seperti yang kita tahu kebanyakan produk makanan mempunyai logo pengiktirafan sijil GMP (Good Manufacturing Practice ) iaitu keperluan minimum yang asas untuk menghasilkan makanan terproses yang selamat dan berkualiti. Manakala HACCP hanya ada pada sebilangan kecil produk sahaja .

Apa itu HACCP?

HACCP

H -Hazard

A -Analysis

-> and preventive measure

C -Critical

C -Control

P -Point

-> Identification and Management

 

 

Merupakan  singkatan kepada Hazard Analysis Critical Control Point atau Analisis Mudarat dan Titik Kawalan Kritikal. sistem HACCP ini berperanan untuk mengenalpasti, menilai dan mengawal bahaya yang signifikan kepada keselamatan makanan. oh, dalam bahasa mudahnya - memastikan makanan yang dihasilkan selamat untuk dimakan dan tak menyebabkan bahaya (sakit atau keracunan)

sistem HACCP boleh diaplikasi secara menyeluruh dalam rantaian makanan, bermula dari penternak@peladang ke pengilang ke perkidmatan makanan untuk memastikan keselamatan makanan :-)

HACCP bukanlah stand alone system. ia bergantung kepada komitmen pihak pengurusan sesebuah syarikat dan juga sistem sokongan yang kukuh (pre requisite program) seperti GMP (Good Manufacturing Practice), GHP (Good Hygiene Practice) dan beberapa Code Practice yang lain~


rajah sistem keselamatan makanan

 

Setiap sistem yang dijalankan, mestilah mempunyai faedah ,oleh itu apa faedah HACCP ni?

 

a) dengan adanya HACCP, kesedaran terhadap keselamatan makanan akan meningkat. jadi sebagai pengguna kena lah tahu apa yang kita makan, jangan bila dah sakit baru nak menyesal :-p

b) dapat meningkatkan keyakinan terhadap keselamatan makanan- dengan adanya logo HACCP pada produk makanan, kita yakin produk yang kita akan makan selamat dan dihasilkan dengan kualiti yang tinggi

c) HACCP diiktiraf antarabangsa - produk negara kita setanding kualitinya dengan produk luar

 

Selain itu logo HACCP merupakan logo global yang digunakan pakai di seluruh Negara .

 

·         Diterima pakai oleh Codex.

·         Diterima oleh Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Japan dan Canada.

·         Akan diterima oleh Australia danNew Zealand.

·         Diwajibkan untuk makanan laut dan hasil-hasil makanan laut yang diimpot ke Amerika Syarikat dan kesatuan Eropah.

·         Setenga negara telah memasukkan keperluan HACCP didalam undang-undang

 

SISTEM HACCP DI MALAYSIA



Malaysian Certificate Scheme (MCS) HACCP Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)bertujuan untuk mengiktiraf secara rasmi kilang makanan yang melaksana dan memelihara system HACCP secara efektif bagi produk makanan yang dikeluarkan.

 
Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) menggunakan HACCP bagi pemeriksaan daging selepas haiwan di sembelih dirumahsembelih(abattoir)

 

Menggunakan konsep HACCP, titik kawalan kritikal atau‘critical control points’(CCP)makanan halal boleh di kenalpasti seperti berikut:-

􀂃Pengeluaran atau cara perolehan bahan mentah halal

􀂃Penerimaan dan pengurusan ramuan(ingredient) halalPemprosesan makanan halal di kilang.

􀂃Pembungkusan makanan halal.

􀂃Pengedaran dengan kenderaan khusus untuk makanan halal.

􀂃Pengendalian pada peringkat borong dan perkhidmatan makanan.

 


Di malaysia, pihak berkuasa yang bertanggung jawab mengeluarkan sijil HACCP adalah dibawah kementerian:


b) Ministry Of Agriculture (MOA) - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS)

 
 

Beberapa rujukan boleh diguna pakai dalam perlaksanaan sistem HACCP, antaranya:

a) Malaysia Standard - MS1480: 2007 (HACCP)

b) Malaysia Standard - MS1514: 2009 (GMP)

c) Akta Makanan 1883 dan Peraturan Makanan 1985

 

 



logo HACCP yang dikeluarkan oleh MOH

 

Sebagai pengguna kita hendaklah mempunyai ilmu tentang produk makanan supaya dapat mengelak daripada membeli makanan yang tidak berkualiti dan tidak terjamin.Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan agar kualiti makanan terjaga dan kesihatan pengguna dititik beratkan .Selain itu, dalam islam sangat mementingkan penjagaan dalam memilih produk yang halal dan bersih.Namun dengan adanya logo HACCP yang dikawal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),pengguna islam tidak perlu risau kerana produk yang dihasilkan bersih dan halal .
 
 
“It is the responsibility of the food industry to develop and implement HACCP plans and for regulatory agencies to facilitate this process.”

NACMCF, June 1993




4 comments:

Unknown

This comment has been removed by the author.

Unknown

Bleh citekan 7 prinsip haccp..?

Unknown

Kalau ada logo haccp je tapi xde logo halal bermaksud halal ke mknn tu?

Ala Haris

HACCP berkait ngan halal tak? Ada beli kapsul detox dari local saler. Tapi packaging dia tulisan siam and tak dak logo halal. Cuma ada HACCP ngn GMP. Rasa was was nak makan pun.

Post a Comment

Siguiente Anterior Inicio

Memories