KAMI STUDENTS TEKNOLOGI MAKANAN!
Dim Sum |
TEKNOLOGI MAKANAN??
Apa yang kita semua faham tentang TEKNOLOGI MAKANAN??
Mungkin pelajar daripada bidang ini pun kurang mengenali dengan lebih mendalam apa itu TEKNOLOGI MAKANAN.
Daripada apa yang kami faham,TEKNOLOGI MAKANAN merupakan satu bidang yang amat menyeronokkan malah ia agak mencabar kerana ia melibatkan sesuatu yang amat penting dalam kehidupan seharian manusia.
MAKANAN...
Apa yang kita faham tentang makanan??
Sudah semestinya minda kita terus memikirkan beberapa jenis makanan kan??
Nasi lemak,satay,jus oren dan beberapa lagi.
Makanan juga amatlah penting dalam kehidupan kita kerana makananlah sumber kekuatan kita,sumber vitamin,protein,karbohidrat dan fiber dalam badan kita.Makanan juga boleh mengubahkan mood kita daripada mood kurang baik kepada gembira.
Tetapi adakah kita tahu bagaimana sesuatu makanan itu diproses dan disebalik rahsia makanan yang kita makan.Jawapannya adalah TEKNOLOGI MAKANAN.
TEKNOLOGI MAKANAN merupakan satu bidang sains dalam memprosesam sesuatu makanan dan apa jua perkara yang berkaitan makanan. Bidang ini banyak diajar dipusat pengajian tinggi awam ataupun swasta. Bidang teknologi makanan ini juga diajar pada pelbagai peringkat bermula di peringkat Sijil Teknologi Makanan, Diploma Teknologi Makanan, Ijazah Teknologi Makanan seterus keperingkat Masters dan juga Phd.
Pernahkah kita terpikir bahawa apa yang kita pelajari itu sesuai dengan kehendak masyarakat serta pasaran..atau sekadar asas untuk mendapat pengiktirafan dan seterusnya satu tiket untuk kita menerjah alam pekerjaan??
Kita mesti pernah terpikir,ada ke peluang pekerjaan dalam TEKNOLOGI MAKANAN??
sebenarnya bidang TEKNOLOGI MAKANAN amat cukup luas kerana selagi manusia memerlukan makanan selagi itulah penyelidik makanan atau lebih dikenali sebagai food technologist diperlukan.
Di Malaysia kerjaya mereka yang berkelulusan Food Tech ni amat luas sama ada disektor kerajaan ataupun swasta. Di sektor awam ini kerjaya ada di :
Kementerian Kesihatan
MARDI
Universiti universiti
Kementerian Pertanian dan Asas Tani
dan sebagainya.
Manakala diswasta banyak syarikat pengeluar makanan yang kecil maupun besar memerlukan lulusan teknologi makanan ini, bahkan bidang ini semakin berkembang cuma lulusan teknologi makanan ini perlu bersedia dengan pelabagai pengetahuan.
Lulusan Teknologi Makanan ini tidak semestinya bekerja dikilang, bahkan boleh menjadi eksekutif jualan kerana 'siapakah yang layak nak jual mesin buat makanan, bahan kimia makanan, system operasi berkomputer untuk kilang makanan, bahan pengawet, bahan pewarna dan pelbagai bahan yang diperlukan oleh industri makanan selain lulusan teknologi makanan ?.
Begitu juga di media cetak dan elektronik, siapa yang layak serta berpengetahuan sebenar nak bercakap tentang makanan ini, jika tidak lulusan teknologi makanan ! dan sudah ada pun mereka yang lulus dalam bidang teknologi makanan bekerja di TV , pejabat hartanah, pejabat majalah makanan dan pelbagai lagi.

Satu lagi bidang adalah perunding atau pun consultancy, siapa nak bantu industri atau syarikat laksanakan sistem
GMP,
ISO
HALAL
dan HACCP,
jika bukan lulusan teknologi makanan ?. Bahkan sudah ada pun lulusan teknologi makanan ini bekerja dengan Jabatan Agama Islam Negeri.
Oleh itu bidang teknologi makanan ini cukup luas, lihat sahaja dinegara maju...yang akan bercakap tentang makanan adalah mereka yang berkelulusan dalam bidang makanan sahaja, bukankah negara kita sedang menuju ke negara maju 2020 ?. Oleh itu bersedialah bagi mereka yang sedang menuntut dalam bidang ini. Selamat maju jaya..

Jadi bagi kita yang hampir separuh dalam perjalanan ini,jangan berputus asa..kerana rezeki ada dimana mana..
TEKNOLOGI MAKANAN...WE YOU!!!
15 comments:
Menarik! Menunggu post seterusnya.
Nk tanya,kalau students matrik modul 3 boleh ambik tk course ni?
nak tanya, sijil teknologi makanan tu memang kena ambil ke? kalau macam pelajar lepasan spm nk ambi diploma terus boleh ke?
Boleh
Teknologi makanan bukan masak2 ke ? Hm sy suka masak xsuka kaji2
Kalau suka masak masak join la kulinari.....best
Senang x no dapat kerja bila habis belajar ???
Mesti majoriti student perempuan kn? Ke tak jgk?
Boleh sangat. Saya dapat :)
U mana yg mana mudah masuk ya utk sambg degree in food tech coz sy antara first claz di poli but not very in well .asa spm dulu... susahnya ��������
*masa
Nak tanya, kalau student hospitality culinary art lepasan dvm blh tak ambil corse ni? Sbb mcm best je...
course food tech dekat uni mana sekarang? sbb saya nk pilih uni yang bagus
in food tech
Saya 3rd yr food tech student. Ya majoriti student perempuan. Tapi, benda ni kelebihan utk lelaki. Sbb, dlm food technology competition x sengit utk lelaki. So, agak mudah bagi lelaki kalau d banding perempuan. Lelaki ibaratnya berharga mcm berlian, tapi kena jaga prestasi jangan sampai disangka berlian rupanya kaca.
Nak tny apakah peluang kerjaya untuk master in food service technology?? Selain kerja sbgai tenaga pengajar??
Post a Comment