Penduduk di negara kita sangat beruntung kerana mempunyai banyak makanan.
Kadang kala kita mempunyai lebihan makanan segar yang di buang.
Dengan ini kita harus memproses makanan tersebut. Antara sebab kita memproses makanan tersebut ialah:
- Mengelakkan makanan daripada di cemari oleh mikroorganisma
- Memudahkan pencernaan
- Membaiki rupa makanan
- Mencegah jangkitan penyakit
Seperti yang kita lihat terdapat 2 jenis makanan iaitu:
- Makanan halal
- Makanan tidak halal
Para pegawai teknologi makanan telah melakukan penyelidikan terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu makanan supaya tidak memudaratkan para pengguna.
Dengan adanya teknologi, kita mendapat sumber makanan yang terjamin darisegi isi kualiti dan kuantiti.
Para pegawai makanan menyelidik dahulu kualiti dan kuantiti dalam isi kandungan supaya para pengguna tidak akan mengambil makanan yang akan memudaratkan mereka kelak.
Dalam menghasilkan makanan terdapat penggunaan bahan kimia. Walaupun pada mulanya penggunaan bahan kimia menolong dalam pemprosesan makanan, penggunaan yang berlebihan boleh mendatangkan kemudaratan. Penggunaan bahan kimia seperti sulfur dioksida, asid benzoik dan asid sorbik boleh menyebabkan penyakit seperti sesak nafas, gatal dan kanser. Oleh sebab itu, kerajaan telah menggubal akta makanan (1983) di wujudkan bertujuan menghindari pengilang makanan dari menggunakan bahan kimia secara berleluasa tanpa kawalan. Penggunaan bahan kimia merbahaya seperti asid nitrit dalam daging dapat dihalang. Nitrit telah terbukti boleh menyebabkan kanser.
MAKANAN HARIAN YANG WAJIB DI AMBIL DALAM PEMAKANAN KITA
sumber gambar: google image
0 comments:
Post a Comment