PENGGUNA:Apa dia HACCP?
Pernah atau tidak kita sebagai pengguna perasan tentang satu
logo yang jarang ada pada produk makanan
.Seperti yang kita tahu kebanyakan produk makanan mempunyai logo pengiktirafan
sijil GMP (Good Manufacturing Practice ) iaitu keperluan minimum yang asas
untuk menghasilkan makanan terproses yang selamat dan berkualiti. Manakala
HACCP hanya ada pada sebilangan kecil produk sahaja .
Apa itu HACCP?
HACCP
•H -Hazard
•A -Analysis
-> and preventive measure
•C -Critical
•C -Control
•P -Point
-> Identification and Management
Merupakan singkatan kepada Hazard Analysis Critical
Control Point atau Analisis Mudarat dan Titik Kawalan Kritikal. sistem HACCP
ini berperanan untuk mengenalpasti, menilai dan mengawal bahaya yang signifikan
kepada keselamatan makanan. oh, dalam bahasa mudahnya - memastikan makanan yang
dihasilkan selamat untuk dimakan dan tak menyebabkan bahaya (sakit atau
keracunan)
sistem
HACCP boleh diaplikasi secara menyeluruh dalam rantaian makanan, bermula dari
penternak@peladang ke pengilang ke perkidmatan makanan untuk memastikan
keselamatan makanan :-)
HACCP
bukanlah stand alone system. ia bergantung kepada komitmen pihak pengurusan
sesebuah syarikat dan juga sistem sokongan yang kukuh (pre requisite program)
seperti GMP (Good Manufacturing Practice), GHP (Good Hygiene Practice) dan
beberapa Code Practice yang lain~
rajah sistem keselamatan makanan
Setiap sistem
yang dijalankan, mestilah mempunyai faedah ,oleh itu apa faedah HACCP ni?
a) dengan
adanya HACCP, kesedaran terhadap keselamatan makanan akan meningkat. jadi
sebagai pengguna kena lah tahu apa yang kita makan, jangan bila dah sakit baru
nak menyesal :-p
b) dapat
meningkatkan keyakinan terhadap keselamatan makanan- dengan adanya logo HACCP
pada produk makanan, kita yakin produk yang kita akan makan selamat dan
dihasilkan dengan kualiti yang tinggi
c) HACCP
diiktiraf antarabangsa - produk negara kita setanding kualitinya dengan produk
luar
Selain itu
logo HACCP merupakan logo global yang digunakan pakai di seluruh Negara .
·
Diterima pakai oleh Codex.
·
Diterima oleh Amerika Syarikat,
Kesatuan Eropah, Japan dan Canada.
·
Akan diterima oleh Australia danNew
Zealand.
·
Diwajibkan untuk makanan laut dan
hasil-hasil makanan laut yang diimpot ke Amerika Syarikat dan kesatuan Eropah.
·
Setenga negara telah memasukkan keperluan
HACCP didalam undang-undang
SISTEM
HACCP DI MALAYSIA
Malaysian
Certificate Scheme (MCS) HACCP Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)bertujuan
untuk mengiktiraf secara rasmi kilang makanan yang melaksana dan memelihara system
HACCP secara efektif bagi produk makanan yang dikeluarkan.
Menggunakan
konsep HACCP, titik kawalan kritikal atau‘critical control points’(CCP)makanan
halal boleh di kenalpasti seperti berikut:-
Pengeluaran atau cara perolehan bahan mentah halal
Penerimaan dan pengurusan ramuan(ingredient) halalPemprosesan makanan
halal di kilang.
Pembungkusan makanan halal.
Pengedaran dengan kenderaan khusus untuk makanan halal.
Pengendalian pada peringkat borong dan perkhidmatan makanan.
Di
malaysia, pihak berkuasa yang bertanggung jawab mengeluarkan sijil HACCP adalah
dibawah kementerian:
a) Ministry
Of Health (MOH) - Bahagian
Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM)
b)
Ministry Of Agriculture (MOA) - Jabatan
Perkhidmatan Veterinar (DVS)
Beberapa
rujukan boleh diguna pakai dalam perlaksanaan sistem HACCP, antaranya:
a)
Malaysia Standard - MS1480: 2007 (HACCP)
b)
Malaysia Standard - MS1514: 2009 (GMP)
c) Akta
Makanan 1883 dan Peraturan Makanan 1985
logo HACCP
yang dikeluarkan oleh MOH
Sebagai pengguna kita hendaklah mempunyai ilmu tentang produk
makanan supaya dapat mengelak daripada membeli makanan yang tidak berkualiti
dan tidak terjamin.Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan agar
kualiti makanan terjaga dan kesihatan pengguna dititik beratkan .Selain itu,
dalam islam sangat mementingkan penjagaan dalam memilih produk yang halal dan
bersih.Namun dengan adanya logo HACCP yang dikawal oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM),pengguna islam tidak perlu risau kerana produk yang dihasilkan
bersih dan halal .
“It is the responsibility of the food industry to develop and implement HACCP plans and for regulatory agencies to facilitate this process.”
NACMCF, June 1993