2

Pembungkusan Makanan


Pembungkusan makanan adalah salah satu cabang daripada teknologi makanan. Bayangkan makanan yang dijual tiada pengkhususan yang tepat untuk dibungkus. Pasti makanan mudah tercemar dan kita mudah untuk dijangkiti penyakit.  Teknologi pastinya diperlukan untuk menjamin makanan yang dibungkus selamat dan tidak tercemar. Pelbagai kaedah dan cara pastinya dipraktikkan oleh para  meliputi pelbagai aspek untuk menjamin makanan yang tersedia diyakini oleh semua.

Konsep pembungkusan telah wujud sejak manusia mula berniaga. Semasa zaman industri di Eropah pada sekitar 1970-an, pembungkusan telah wujud menjadi satu bidang perdagangan yang sangat penting. Definisi pembungkusan ialah kaedah yang menjamin penghantaran barang dari pengeluar kepada pengguna dengan selamat dari ancaman dan berkeadaan baik pada kos keseluruhan yang rendah. Selain itu, pembungkusan ialah sains, seni dan teknologi untuk melindungi dan memelihara kualiti sesuatu barangan semasa dihantar, disimpan atau dipamerkan.

Pembungkusan makanan perlu bagi   menjamin kualiti barangan kerana ia dapat melindungi barangan dari segi fizikal, melindungi makanan dari pencemaran kerosakan fizikal dan biologikal, penurunan mutu, memudahkan pengendalian dan untuk membantu penjualan makanan itu. . Ia juga memudahkan kerja penghantaran, penyimpanan dan pameran barangan.Selain itu, menyampaikan maklumat barangan kepada pengguna agar pengguna boleh menilai sendiri produk yang dijual. Pembungkusan makanan juga boleh mengiklankan maklumat dan mempromosikan barangan.




 Jenis-jenis pembungkusan

PLASTIK 







Terdapat berbagai jenis plastik yang digunakan dalam pembungkusan makanan.  Contoh-contoh plastik yang banyak digunakan dalam industrimakanan ialah : 

Jenis Plastik 


  •     LDPE –      low density polyethylene
  •     HDPE –    High density polyethylene    
  •     PP       -    Polypropylene
  •     PVC    -    Polyvinylchloride
  •     PET     -    Polyethylene terepyhalate ( Polyester )
  •     EVOH -   Ethylene vinyl alcohol
  •     NY       -  Nylon
  •     PC       - Polycarbonate

 Kelebihan Plastik

  • Mudah dibentuk
  • Kuat dan selamat 
  • Tidak berkarat
  • Ringan 
  • Mudah diproses
  • Kesesuaian
  • Murah


 KERTAS





Kelebihan kertas
  • Percetakan yang baik
  • Mudah dibentuk
  • Ringan
  • Kos yang murah
  • Tempat simpan yang kecil
  • Boleh dikitar semula

Kelemahan Kertas


  • Senang diserap air
  • Tidak kuat

 KACA




Kelebihan bekas kaca


  • Kalis bahan kimia 
  • Lutsinar (transparency)
  • Kekuatan fizikal
  • Tidak telap air 
  • Boleh ditutup dan disimpan semula
  • Pelbagai bentuk dan saiz
  • Digunakan semula dan kitar semula

Kelemahan bekas kaca

  • Berat
  • Percetakan memerlukan bahan lain seperti kertas dan plastik yang boleh dilekatkanpada bekas kaca 
  • Senang pecah

BEKAS LOGAM




Bekas logam yang popular digunakan dalam industri pembungkusan adalah bahanberasaskan besi,timah dan aluminium. Bahan logam digunakan dalam pembungkusan sebagai penutup botol,dawai pengikat,tape,dulang dan kerajang nipis



 BEKAS ALUMINIUM

Bekas aluminium banyak digunakan sebagai bekas minuman ringan danbergas,dulang dan diproses menjadi kerajang aluminium yang dapat dilapiskan dengan plastik lentur . Bekas logam bersalut timahBesi yang disalut dengan lapisan nipis timah dimana salutan timah dapat halangkepingan besi daripada terhakis dan berkarat .


 Kelebihan bekas logam




  • Tahan panas
  • Tahan pada tekanan 
  • Kuat dan kukuh
  • Tidak telap air dan udara

 Kreteria penting  pada pembungkus

  •  Warna 
  • Ilustrasi
  • Muka taip (tipografi)
  • Penerangan
  • Logo syarikat, nama dan alamat 
  • Keterangan tentang ramuan
  • Jenama
  • Gambar hasil
  • Berat bersih kandungan
  • Tarikh luput makanan
  • Harga barangan

Setelah mengetahui fakta-fakta tentang pembungkusan, marilah menikmati video ringkas tentang pengbungkusan plastik.










KAMI STUDENTS TEKNOLOGI MAKANAN!



Dim Sum



TEKNOLOGI MAKANAN??

Apa yang kita semua faham tentang TEKNOLOGI MAKANAN??
Mungkin pelajar daripada bidang ini pun kurang mengenali dengan lebih mendalam apa itu TEKNOLOGI MAKANAN.

Daripada apa yang kami faham,TEKNOLOGI MAKANAN merupakan satu bidang yang amat menyeronokkan malah ia agak mencabar kerana ia melibatkan sesuatu yang amat penting dalam kehidupan seharian manusia.

MAKANAN...
Apa yang kita faham tentang makanan??
Sudah semestinya minda kita terus memikirkan beberapa jenis makanan kan??
satay
mee-jawa
nasi-lemak-cempaka-village
Nasi lemak,satay,jus oren dan beberapa lagi.
Makanan juga amatlah penting dalam kehidupan kita kerana makananlah sumber kekuatan kita,sumber vitamin,protein,karbohidrat dan fiber dalam badan kita.Makanan juga boleh mengubahkan mood kita daripada mood kurang baik kepada gembira.
Tetapi adakah kita tahu bagaimana sesuatu makanan itu diproses dan disebalik rahsia makanan yang kita makan.Jawapannya adalah TEKNOLOGI MAKANAN.

TEKNOLOGI MAKANAN merupakan satu bidang sains dalam memprosesam sesuatu makanan dan apa jua perkara yang berkaitan makanan. Bidang ini banyak diajar dipusat pengajian tinggi awam ataupun swasta. Bidang teknologi makanan ini juga diajar pada pelbagai peringkat bermula di peringkat Sijil Teknologi Makanan, Diploma Teknologi Makanan, Ijazah Teknologi Makanan seterus keperingkat Masters dan juga Phd.

Pernahkah kita terpikir    bahawa apa yang kita pelajari itu sesuai dengan kehendak masyarakat serta pasaran..atau sekadar asas untuk mendapat pengiktirafan dan seterusnya satu tiket untuk kita menerjah alam pekerjaan??


Kita mesti pernah terpikir,ada ke peluang pekerjaan dalam TEKNOLOGI MAKANAN??
sebenarnya bidang TEKNOLOGI MAKANAN amat cukup luas kerana selagi manusia memerlukan makanan selagi itulah penyelidik makanan atau lebih dikenali sebagai food technologist diperlukan.


Di Malaysia kerjaya mereka yang berkelulusan Food Tech ni amat luas sama ada disektor kerajaan ataupun swasta. Di sektor awam ini kerjaya ada di :
                                                           Kementerian Kesihatan

MARDI
Universiti universiti
Kementerian Pertanian dan Asas Tani

dan sebagainya.

Manakala diswasta banyak syarikat pengeluar makanan yang kecil maupun besar memerlukan lulusan teknologi makanan ini, bahkan bidang ini semakin berkembang cuma lulusan teknologi makanan ini perlu bersedia dengan pelabagai pengetahuan.

Lulusan Teknologi Makanan ini tidak semestinya bekerja dikilang, bahkan boleh menjadi eksekutif jualan kerana 'siapakah yang layak nak jual mesin buat makanan, bahan kimia makanan, system operasi berkomputer untuk kilang makanan, bahan pengawet, bahan pewarna dan pelbagai bahan yang diperlukan oleh industri makanan selain lulusan teknologi makanan ?.

Begitu juga di media cetak dan elektronik, siapa yang layak serta berpengetahuan sebenar nak bercakap tentang makanan ini, jika tidak lulusan teknologi makanan ! dan sudah ada pun mereka yang lulus dalam bidang teknologi makanan bekerja di TV , pejabat hartanah, pejabat majalah makanan dan pelbagai lagi.

Satu lagi bidang adalah perunding atau pun consultancy, siapa nak bantu industri atau syarikat laksanakan sistem 
                                                                           GMP,
 
ISO
 HALAL
 dan HACCP,
 
jika bukan lulusan teknologi makanan ?. Bahkan sudah ada pun lulusan teknologi makanan ini bekerja dengan Jabatan Agama Islam Negeri.

Oleh itu bidang teknologi makanan ini cukup luas, lihat sahaja dinegara maju...yang akan bercakap tentang makanan adalah mereka yang berkelulusan dalam bidang makanan sahaja, bukankah negara kita sedang menuju ke negara maju 2020 ?. Oleh itu bersedialah bagi mereka yang sedang menuntut dalam bidang ini. Selamat maju jaya..

Jadi bagi kita yang hampir separuh dalam perjalanan ini,jangan berputus asa..kerana rezeki ada dimana mana..




TEKNOLOGI MAKANAN...WE  YOU!!!





Siguiente Anterior Inicio

Memories